Low Yat

Aku ke Low Yat. Lama dah tak ke sana. Ikutkan, dah lama dah nak pegi. Malas nak pegi sorang, tu yang asyik bertangguh. Saja nak habiskan duit yang dah habis. Ahahaha! Bila Riza agreed nak ikut, torus plan ke sana Jumaat sudah.

Disebabkan modem aku dah takleh pakai, dah kaput.. tu yang nak pegi jugak-jugak. Rasa cam tak best jek bila aku dah takleh nak berinternet kat umah. Mula lah survey sana sini cari harga ngan brand yang bagus. Kalau dulu, aku main redah jek bila nak beli barang. Pastu menyesal sebab kengkadang tu ikutkan boleh dapat yang lagi bagus, lagi murah kalau rajin buat survey. Thanks pada kengkawan yang bagi recommendations.

Ingatkan cuti Wesak, banyak lah kedai tutup. Yelah, aku rasa almost 100% owner kedai kat low yat tu chinese, so mesti majoriti "sambut" hari Wesak ni. Tak betul! Aku rasa semua kedai bukak ari tuh. Yang datang ke sana pun ramai. Meriah, macam biasa.

Pusing sana, pusing sini. Call sana, call sini. Last2 ambik jugak lah modem brand Aztech. Memula nak ambik modem + wireless router (3 in 1). Tapi mostly kata elok ambik asing2. Betul jugak, sbb kalau rosak satu, satu je lah ganti. Tapi kalau ambik yang pakej, kalau rosak satu kira rosak semua lah. Hmmm. Sudahnya aku ambik modem jek. Tak jadik ambik wireless router. Lari budget. Yang pakej punya memang murah, tapi sebab tak berani nak tanggung risiko "rosak satu rosak semua", tu yang ambik asing2 tuh. Takpe lah, pasni kumpul balik modal.

Macam2 aku beli. Tapi masih lagi dalam kawalan budget. Eheh! Beli keyboard, beli mouse, beli extension power surge. Semua masih dalam senarai barang "must buy".

Ikutkan, ada lagi yang aku nak beli. RAM laptop aku pun dah terkemut2 nak load. Ingat nak upgrade, tapi tak bawak lak laptop tu sama. Next month punya salary boleh la kot. Bulan ni nak menyimpan. Hujung bulan, nak gi cuti-cuti Malaya, ngan kereta MyVi yang sampai sekarang tak muncul2 lagi! Huuuuuu!





Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. bro, kalau dedua rosak dalam masa yang sama, lagi sakit bro, hehe. :)

    ReplyDelete
  2. wahaa.. MyVI dah on d way eks? congrats... leh tumpang g lunch...

    ReplyDelete
  3. en akram, eheheh... insya-allah.. tak rosak dah kot... miahahah! konfiden jek!

    cik shara, nak tumpang ke? tak yah aaa.. saya kedekut! Miahahahha!

    ReplyDelete