Ramadhan 1428 H

Salam ramadhan 1428 H.

Sudah masuk hari yang ke 9 bepuasa. Memang tak terasa, mungkin disebabkan rutin harian yang sama. Di pejabat, sibuk bekerja dari pagi sampai ke petang. Report itu dan ini perlu disiapkan. Idea sentiasa diperah untuk mencari penyelesaian. Berbeza betul kalau dibandingkan dengan kerja sebelum ni. Dulu, "perbualan dan penyelesaian" hanya antara aku dan mesin (pc). Mencipta kod-kod aturcara untuk mendapatkan hasil seperti yang diminta dek user, tidak lah se"azab" bila berurusan dengan manusia. Dengan mesin, kalau tak dapat hasilnya, mudah saja di persalahkan mesin. Ahahah! Pastinya tak melawan.

Dengan manusia, penuh dengan kerenahnya. Letih. Banyak yang kematangan masih terperangkap dalam minda yang masih ala-ala remaja, tapi sebenarnya sudah layak bergelar ibu atau bapa. Masih mahu dipujuk-pujuk. Suka membentak-bentak.

Tapi itu proses hidup. Proses mempertingkatkan kemahiran diri.

Sabar.








Reactions

Post a Comment

0 Comments