selamat menempuh alam persekolahan, Haris

Haris bersekolah
Tahun 2010.

Haris masuk darjah 1. Tak sangka, macam tak perasan yang masa memang berjalan pantas. Bila tengok Haris dengan pakaian seragam, ada macam-macam perasaan dalam hati. Tak sangka. Tak sangka umur Haris sudah 7 tahun!

Gembira sebab Haris dah masuk ke satu lagi peringkat dalam kehidupan. Doa abah & umi semoga Haris berjaya dalam pelajaran dunia akhirat. Semoga dipermudahkan, diperkuatkan menempuh cabaran hidup sebagai pelajar. Haris pun happy je. Hopefully perasaan seronok bersekolah (menuntut ilmu) kekal selamanya.

Tapi ada juga terselit perasaan sayu & risau. Risau perhatian Haris lebih kepada rakan. Risau akan hubungan dengan abah dia semakin renggang. Biasalah, bila berjumpa rakan sebaya, kawan2 la tempat rujukan utama.

Entah lah. Risau yang tak bertempat. Walhal budak tu baru darjah 1! :)

Kelmarin (4/1/10), Haris dah mula sekolah. Dia memang excited dari hari Ahad lagi. Bila tengok "kawan-kawan" dia menangis dalam berita kat TV, Haris sengih je. Haris seronok nak bersekolah baru.

Bila beratur ikut kelas, Haris selamba. Muka-muka baru. Ada yang menangis. Musykil, budak lelaki yg banyak menangis dari budak perempuan. Ahahahh! Budak perempuan pulak comel2 belaka. Aku boleh gerenti, 80% budak perempuan pakai beg kaler PINK. Girly sangat. Ahahahah!

Haris dari jauh tunjuk signal. 3 jari terangkat. Aku tanya, apa? Mulut dia terbukak luas, "kawan abang ada 3".
Eheh! Dah jumpa kaum la pulak. Sama tadika ari tuh. Bagus lah. Lega sikit. Takde la Haris sorang-sorang.

Hari pertama, aku tunggu sampai waktu rehat. Mahu survey jugak harga makanan kat kantin. Mahu buat quality check. Air sirap secawan, 50 sen. Nugget 3 ketul, RM 1. Roti gulung bersosej, RM 1. Mee hoon sepinggan 60 sen.

Kalau bagi duit belanja, RM 1 memang tak cukup!

Aku pakat ngan Syah, biar la Haris dibekalkan makanan dari rumah. Duit belanja bagi just untuk dia "merasa" keseronokan berbelanja. Air pun bekalkan jugak.

Jam 3.10 Haris dah turun beratur. Mak bapak semua kerumun. Lepas dapat "kata-kata nasihat" dari cikgu Tini, semua berbondong ke kantin. Aku dah beli siap2 makanan untuk Haris. Laju je makan, tu lah, tengah hari tak mau makan nasik. Hiba jugak bila kenangkan Haris bukan tiap hari boleh aku temankan. Kalau aku boleh pun, sekolah pulak tak izinkan. Macam mana lah Haris lepas ni.

Haaiiihhh! I really need to learn to let him go, I mean grow!

Dapat bersama Haris sekitar 20 minit. Sempat jugak kenal dengan kawan2 baru Haris. Ada Haikal, ada Adam, ada Boy. Eheh!

Haris masuk balik kelas. Pukul 6.30 baru boleh jumpa balik. Abah tunggu!

Jam 6.15 pm aku dah terpacak kat luar sekolah. Ada perhimpunan rupanya. Tepat waktunya, budak2 bersurai. Pagar pun terbukak, melolo mak bapak masuk ke dalam cari anak masing2. Aku pun sama. Tercarik2, terjenguk2 mana lah anak bujang aku yang sorang tuh.

Dari jauh dah nampak Haris. Dengan beg Transformer diseret, dengan botol air Ben10 tergantung, Haris berjalan sorang. Aku perhati, nak make sure dia pergi ke tak ke tempat yang dah disetkan kalau balik. Lega bila Haris ingat semua yang dipesan. Tapi aku yang tak menyempat. Tak sampai lagi ke pintu pagar, aku dah "tangkap" Haris. Ahahahah!

Memang bapak dia over. Over sangat!!





Reactions

Post a Comment

1 Comments