6 Ramadhan 1431H

Dah masuk hari ke-6 hari ni. So far puasa berjalan lancar. Cuma hari Jumaat lepas kesihatan agak terganggu, bahana pengembalian ke acara perempitan. Ya! Saya sekarang tidak lagi memandu ke opis. Motor saya yang dah lama terperam kembali menjalankan tugas. Niatnya hanya untuk Ramadhan, tapi kalau makin selesa mungkin akan berlanjutan ke suatu masa yang tak tahu bila.

Haris sudah berpuasa 4 dari 5 hari. Gagal berpuasa pada hari kedua, atas alasan yang begitu kukuh, tak bersahur. Janji beliau akan cuba berpuasa 29 hari. Insya-allah. Tahun ni Haris nampak "segar" berpuasa. Harap-harap Haris tak minum air masa mandi. Ehehehe!





Reactions

Post a Comment

0 Comments