Wednesday, April 13, 2011

Makam Mahsuri, Langkawi

Aku sudah berulang-alik ke Langkawi hampir 10 tahun, tapi jarang benar berkongsi maklumat/cerita tentang pulau lagenda nih.

Baik! Hari ini tiba perasaan baik mahu berkongsi!

Kota Mahsuri atau Makam Mahsuri.

Ini cerita yang pertama.

Kalau dalam pakej rombongan, tempat ini selalunya akan dimasukkan ke dalam senarai "wajib pergi". Untuk ke sini agak mudah. Dari Pekan Kuah, terus menghala ke arah airport/ Padang Mat Sirat. Sepanjang perjalanan ada lah signboard nak ke Makam Mahsuri ni. Untuk peta, klik link kat bawah nih.


Kawasan letak kereta boleh memuatkan 30 - 50 buah kereta dalam satu-satu masa. Kalau peak hour, tak tahu lah. Untuk bayaran masuk, RM 5 untuk dewasa, RM 2 untuk kanak-kanak (4 - 12 tahun).

Pintu masuk ke Makam Mahsuri

Tempat ini banyak berbeza berbanding dengan lawatan aku terdahulu, tahun 2002 rasanya. Di pintu masuk sahaja sudah tersergam satu bangunan besar. Rupa-rupanya sudah ada mini muzium, khusus untuk menceritakan kisah Mahsuri. Anak kami yang bongsu meragam nak berdukung, agaknya suasana dalam muzium tu yang agak creepy. Namanya pun muzium. :) Secara peribadi, aku pun kurang gemar ke tempat-tempat yang banyak patung ni.

Eheh! Serem, pak!

Ada pameran lukisan-lukisan, penerangan mengikut turutan  kehidupan Mahsuri yang difitnah. Ada juga tayangan video. Total masa melawat muzium; 15 - 20 minit.

Sedikit kisah Mahsuri;
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. 
......... 
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Sumber; Wikipedia


Hmm! Fitnah. Bahaya fitnah, bahaya hasad dengki! :(


Keluar dari pintu muzium, ada mini pentas untuk persembahan caklempong/gamelan (atau yang seumpamanya). Waktu kami ke sana, tiada persembahan pun. Mungkin belum waktunya. Kami terus ke kawasan makam, juga sudah berubah. Keliling kubur sudah ditembok. Hanya boleh melihat dari luar pagar. Ada kisah di sebalik kubur ini. Bagi orang Langkawi, makam ini sebenarnya tidak ada apa-apa. Bukan kubur Mahsuri yang sebenar. Katanya, jasad Mahsuri dikuburkan di tempat lain.

Wallahualam.

Makam Mahsuri

Agak banyak bangunan di sekeliling kawasan ni. Kalau dulu hanya ada kubur, ada rumah Mahsuri. Sekarang ini sudah pelbagai. Rumah Panglima Awang Hitam lah Muzium Audio, Mini Zoo. Bagus juga. Lebih berbaloi untuk masa yang diperuntukan.


Rumah Panglima Hitam
Rumah Mahsuri

Ukiran Tradisional Rumah Melayu

Ini sahaja perkongsian buat permulaan. Kalau ke Langkawi, elok lah ke Kota Mahsuri ini. Boleh kenal asal-usul dan sejarah/lagenda. Boleh tahu khazanah negara. Siapa lagi yang mahu mempertahankan harta negara?

Jangan hanya mahu membeli-belah sahaja, ya? :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...