Tuesday, June 14, 2011

Taman Burung, Langkawi

Blue-throated Macaw

RM 12 dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Itu harga tiket masuk, bagi warga tempatan yang mempunyai Mykad dan Mykid sahaja.

Taman ni lokasi dia kat belah timur pulau Langkawi, dekat dengan Galeria Perdana, dekat dengan jeti untuk ke Kilim Geoforest Park.

Peta nak ke taman.

Aku tak dapat nak bandingkan dengan Taman Burung di Kuala Lumpur, sebab tak berapa nak ingat. Aku masuk dulu pun dah bertahun-tahun, masa baru beranak sorang. Dari segi lanskap, mestilah yang di KL lagi lawa. Yang di Langkawi ni, boleh lah. Walaupun kat pintu masuk dia macam tak menceriakan.

Dan kalau tak silap aku, nama dia dah tukar jadi "Taman Hidupan Liar", bukan "Taman Burung" atau "Bird Paradise". Memang patut pun, sebab kat dalam ni dah macam-macam binatang ada, bukan takat burung je. Untuk budak-budak, memang seronok. Tambah-tambah bila boleh bagi makanan kat kambing, arnab, rusa, etc.

Owl
Palm Cockatoo
Serindit(?)
Grey Crowned Crane
Merak Putih
Hornbill

Banyak jugak kekurangan kat taman nih, dari segi keadaan binatang, tak berapa nak bersih. Termasuk lah kandang. Ada sikit rasa geli, tapi tak tau lah kot memang purposely dibuat macam tu untuk disesuaikan dengan habitat binatang tuh. Pastu, sama ada aku tak perasan atau pun memang tak ada, animal show tak ada kat sini. Koman-koman pun, buat lah burung kakak tua naikkan bendera ke. Takde lah dull sangat. Suasana kandang tu memang betul-betul macam kandang, suasana semula jadi tu kurang. Sifat burung kan terbang? Jadi bila terperap je cam tuh, burung pun jadi tak berapa nak ceria.

Keseluruhannya, aku bagi 3 bintang (dari lima) je tempat nih. Untuk anak-anak aku, mungkin dorang bagi berbintang-bintang sebab sepanjang masa kat dalam ni, dorang happy. Bila dorang happy, mak bapak pun happy. Otomatis. :)