Kenapa Aku Menonton Filem Hindustan?


  1. Aku tidak punya jawapan yang khusus atau tepat. Dan jawapan ini lebih bersifat subjektif.
  2. Yang perlu aku akui, minat aku dalam bidang fotografi, aktitviti meredah alam semulajadi, percaya atau tidak sedikit sebanyak adalah pengaruh daripada filem-filem hindustan.
  3. Lupakan sekejap jalan ceritanya yang sentiasa sama dan klise. Lupakan sekejap adegan heroin yang cantik menari mendebar rasa, hero yang tampan lagi gagah perkasa. Suara merdu menyanyi lagu cinta abadi (duniawi).
  4. Alihkan sedikit tumpuan. Perhatikan background apabila tiba adegan menyanyi, terutamanya yang bersifat outdoor. Dalam hutan, puncak gunung, kawasan kampung, di tengah bandar, padang, kebun, sungai, atas keretapi. Baik-baik, jangan difokuskan pula pada pusat penari eksotik tuh, tetapi lihatlah shot sekelilingnya. Cantik. Sangat baik manipulasinya. Aku rasa jurukamera filem ini bukan setakat appreciate pelakon yang cantik lawa, tapi dia nampak keindahan alam semulajadi yang patut dikongsi dengan penonton. Dan aku selalu impressed dengan kreativiti jurukamera filem ini.
  5. Dan tempat-tempat serta pemandangan-pemandangan yang cantik ini, tidak semestinya perlu pergi ke luar negara (tapi sekarang cerita hindustan sudah tidak dibuat sepenuhnya di India). Tempat sendiri pun cukup. Kreativiti memainkan peranan, kita tahu untuk appreciate atau tidak, tahu "melihat" atau tidak.
  6. Lagu-lagunya pula, lagu-lagu yang berpuisi. Ini merujuk kepada filem hindustan zaman ke 90-an dan sebelumnya. Liriknya, memang mengkhayalkan. Banyak beranalogi. Seperti orang Melayu, cakap berlapik. Kan indah tuturbahasanya.
  7. Itu lah antara sebabnya aku menonton Hindustan. Yang utama. Yang sampingannya, biar aku simpan sendiri untuk mengelakkan fitnah. Ahahaha!
  8. Tapi itu dahulu, satu ketika dahulu. Sekarang tidak lagi kemaruk. Cerita hindustan sekarang lebih kepada aktiviti menayang kulit badan, baik lelaki baik perempuan. Huuuu! Dan aku musykil bagaimana filem ini boleh lepas lembaga penapisan filem Malaya.






Reactions

Post a Comment

0 Comments