Potong!

Haris, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kami. Satu-satunya juga lah yang akan menempuh saat paling mencemaskan dalam hidup seorang budak lelaki.

Berkhatan!

Sebelum ni, perbincangan kami memutuskan Haris akan bersunat tahun depan. 2012. Bila Haris dah darjah 3. Aku setuju. Haris pun setuju. Sekali-sekala, aku acah kan jugak si bujang, mahu tak kalau berkhatan cuti sekolah tahun ni.

Tak nak!

Minggu lepas, sepupu Haris bersunat. Anak lelaki kakak yang no 2. Sebelah rumah je, tempat Haris dan adik-adik tinggal sementara abah dan ummi pergi kerja. Pagi tu, Haris dah seram sejuk nak masuk rumah makciknya. Memang dia yang ngeri, bila dia tahu sepupunya nak bersunat hari tu. Aku dah risau, dibuatnya lepas tengok sepupu dia nanti dia cakap tak nak sunat, payah!

Tapi Haris ok.

Ok sangat.

Petang tu, aku baru turun dari kereta lepas parking di porch. Haris dengan muka excited,

"Abah! Abang nak sunat. Hari Khamis ni tau bah!"

Aku muskil. Entah mana Haris jadi berani macam tu sekali.

Sekarang, aku yang kelam kabut nak uruskan apa yang patut. Esok, Haris bersunat.

Ye.

Esok!





Reactions

Post a Comment

0 Comments