Embun pagi

Hari ni ada gotong-royong. Belakang rumah sudah merimbun dengan flora-flora yang bisa mengundang segala bentuk jenis mergastua untuk dijadikan markas pembiakan. Mungkin juga dijadikan markas untuk merancang aktiviti-aktiviti yang bersifat mala fide.

Dijangkakan juga, kalau Jabatan Perhutanan Negara ketahuan, barangkali diwartakan sebagai hutan simpanan tetap.

Atau paling koman, jadi FRIM 2.

Tapi kami adik beradik tidak mahukan semua publisiti yang bersifat duniawi ini. Maka dengan itu persetujuan dicapai. Aktiviti memusnahkan tumbuhan liar perlu dilakukan segera. Biarlah lapisan ozon menipis, asal nafsu serakah dunnya dapat dicapai. Boleh?

Jam 8.30 am. Ahli majlis belum juga sampai-sampai. Maka acara dimulakan dengan aktiviti bergambar.
Comel-comel lah pula embun ni.

Embun









Reactions

Post a Comment

0 Comments