Derma

Malam itu sama sahaja dengan malam-malam yang lepas. Ruang tamu rumah bergelimpangan tubuh-tubuh mungil yang khayal dengan dunia mereka sendiri.

Aku memerhati satu persatu wajah polos zuriat yang dikandung Syah selama sembilan bulan, empat orang semuanya. Tak terbayang bagaimana susah peritnya Umi kepada anak-anakku ini mengendong perut yang sarat demi melahirkan kebahagian rumah tangga kami.

Terima kasih, sayang. Hanya Allah yang mampu membalas setiap titik pengorbananmu.

Belanja sekolah
Malam itu, malam Jumaat, ada sedikit perbualan kecil dengan si sulung. Minggu ini minggu pertama aku mulakan elaun mingguan, menggantikan elaun harian. Untuk bulan puasa ini, RM10 diberi pada hari Isnin, untuk kegunaan sehingga hari Jumaat. Matematik mudahnya, RM2 sehari.

"Abang, ada berapa lagi baki duit belanja abang?"

Sudah hari keempat, seharusnya masih berbaki minimum RM2.

"Ada 7 ringgit lebih"

"Wah! Banyak tu! Bagus, abang berjimat. Abang buat apa dengan duit yang abang pakai tu?"

"Abang beli pembaris"

Hmm. Lagi-lagi pembaris!

"Lepas tu seringgit abang bagi derma kat sekolah mengaji. Seringgit lagi abang derma kat sekolah kebangsaan. Ada budak darjah satu meninggal dunia."

Allahuakhbar.

Sudah ada mahunya anak sulung ini menderma. Sudah ada rasa dijiwanya untuk mengorbankan kemewahan sementara. Nilai sumbangan mungkin kecil, tetapi yang aku doakan biarlah ada ikhlasnya.

Pohonku pada-Mu Ya Rahman Ya Rahim, suburkan lah rasa bersyukur dalam jiwa anak-anakku, diriku, isteriku serta ahli keluargaku. Luruhkan lah rasa cinta dunia yang tidak berpenghujung, jadikan lah kami hamba-Mu yang  soleh dunia akhirat.







Reactions

Post a Comment

0 Comments