Rindu awak 200%

Aku bukan lah peminat siri drama tempatan.

Peh! Ayat ini ibaratnya mengundang kontroversi (bagi golongan penonton tegar).

Zaman terpacak melekat di depan televisyen mengadap drama-drama tempatan (mahupun luar negeri) yang tak banyak berbeza isinya, sudah lama berlalu. Itu pun mungkin waktu itu tidak banyak "sumber hiburan" seperti zaman sekarang.

Internet.

Dan kerana internet, atau lebih tepat lagi aku katakan kerana Facebook, aku masih tahu siri tempatan yang menjadi ikutan ramai. Terbaru, Rindu Awak 200%. Jangan ditanya siapa pelakonnya, saluran tv mana, jam berapa dan sebagainya. Memang aku tak tahu. Bila terbaca status berkaitan siri ini, aku hanya membaca sahaja, tidak faham apa butirnya.

Tetapi tajuknya, aku ingat lah. Sebab sudah kerap.

Sampai lah aku nampak satu status yang dikongsi oleh sahabat (lelaki) berkaitan drama ini, aku jadi "teruja".

Di bawah ini status yang dikongsi.

Sumber sebenar tidak dapat dikenalpasti. Moga tuan punya berikan keizinan (kalau terjumpa blog ini)

Aku tergelak besar. Sungguh besar. Agak "kejam" apa yang dibalas oleh si isteri. Yang suami cuba ber"romantis", tetapi respon isteri agak mematikan selera. Ahahaha!

Dan secara spontan, aku pun teringin untuk buat mesej yang sama kepada Syah. Bukan untuk menguji, lebih kepada bergurau senda.

Balasan Syah?

Tengok lah.

Perlu kah dipanjanglebarkan lagi?

Ehehehe!

I love you, always, Syah!





Reactions

Post a Comment

0 Comments