[Buku] The Kite Runner | Si Pengejar Layang-layang (Khaled Hosseini)



Si Pengejar Layang-layang oleh Khaled Hosseini
Nilauab: 5 bintang

"Zindagi migzara"

Kehidupan terus berjalan.

Antara bait kata yang terkandung dalam naskah "bestseller" ini. Kisah kehidupan Amir, watak utama dalam buku ini yang mahu meneruskan kehidupan tanpa memperdulikan jalan apa yang diambil untuk mencapai maksudnya. Banyak orang sekeliling hidupnya "sakit" akibat perbuatannya, tapi akhir sekali kembali kepada Amir untuk menanggung. Sehingga bertahun-tahun. Sehingga akhirnya Amir berpeluang untuk memperbaiki kesilapannya, dengan cara yang agak sukar.

Perjalanan cerita yang lengkap dan terperinci, membuatkan aku terasa benar-benar berada di bumi Afghanistan, California dan kemudiannya ke Pakistan. Khaled Hosseini pandai mengolah kata yang membuatkan kita benar-benar seperti berada di dalam suasana yang sebenar. Tahniah kepada penterjemahnya yang menyusun kata dengan baik.

Buku ini patut dibaca. Bukan kerana ianya "bestseller", tetapi pengajaran hidup yang dikongsikan sangat bermenfaat.

Sekarang, aku mahu mencari filemnya!

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments