Cara berkongsi status Google+ di blog

Status Google+ di blog
Status Google+ di blog

Tempohari aku ada kongsikan cara untuk berkongsi status Facebook di blog.

Hari ini, terjumpa pula cara bagaimana mahu berkongsi status Google+ di blog. 

Caranya lebih kurang sahaja.
  1. Syarat pertama; gunakan PC ataupun laptop. Bukan smartphone atau tablet.
  2. Pilih status yang mahu dikongsi. Tidak terhad kepada status sendiri sahaja. Mana-mana status yang boleh kita lihat di "dinding" kita selalunya boleh sahaja dikongsi.
  3. Mouseover ke atas status yang mahu dikongsi, secara automatik akan keluar ikon "V" di sudut kanan bahagian atas. Klik.
  4. Dalam menu yang tersenarai, pilih "Embed Post".
  5. Satu tetingkap "pop up" akan keluar memaparkan kod yang boleh disalin (copy).
  6. Buka blogger.com, dan klik "New Post" untuk entri baru.
  7. Pada bahagian menu (atas, kiri), klik butang "HTML" dan tampalkan (paste) kod yang disalin tadi.
  8. Siap








Reactions

Post a Comment

0 Comments