I want to touch

Kecoh di sana sini akan perihal kempen "I want to touch a dog".

Ada yang melenting. Ada yang mencaci. Ada yang bermati-matian cuba mempertahankan tindakan. Malahan, mereka yang tidak terlibat pun (ini isu umat Islam, secara khususnya) sibuk menambah cuka garam dan cili, menambah rasa.

Seeloknya. Yang pertama-tamanya, istighfarlah.

Tenang dahulu.

Kemudian, berusahalah mencari titik persetujuan. Rujuk kepada yang lebih berilmu. Jangan sesekali, sahabat, berhujah hanya berpaksikan logik akal. Kau ada Islam, Islam ada segala-galanya.

Masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia, sudah lama dimomokkan dengan hal anjing ini. Anjing itu haram disentuh. Titik. Tidak ada lagi soal balas.

Itu dalam "ajaran" Melayu.

Tetapi kalau diselidik, ajaran Islam itu lebih lengkap dan terperinci. Anjing itu, benar ianya najis. Dan kau perlu tahu, keadaan yang bagaimanakah hukumnya jatuh begitu? Rujuklah. Di internet juga banyak rujukan, tetapi seeloknya kau rujuklah bertentang mata dengan orang yang benar-benar tahu.

Islam tidak pernah membenci anjing. Anjing itu bukannya menjijikkan.

Memelihara / Membelai anjing
Dari Ustaz Azahr Idrus (dari Facebook)

Aku?

Ya. Aku "takut" anjing. Buasnya lain macam. Anjing yang comel-comel, gebu-gebu itu selalunya hanya ada di dalam sangkar. Atau dikepit rapi oleh tuannya. Yang bebas, yang berkeliaran, kebanyakkannya ganas-ganas. Mungkin, sikap ganas itu berpunca daripada sikap manusia itu sendiri.

Sentuh?

Aku tidak ada tujuan yang nyata dan kukuh untuk menyentuh anjing. Hukum sudah menyatakan, belai-membelai tidak termasuk dalam pengecualian menyentuh anjing. Jadi, kenapa mahu mencari masalah?

Sudah lah.

Kempen ini, sebenarnya ada juga manfaat. Pendedahan itu betul, stigma negatif masyarakat terhadap anjing perlu diubah. Dan yang paling penting, dapatkanlah nasihat dan panduan, agar tidak lagi menimbulkan fitnah.

Buat masa sekarang, mari kita "touch" yang semamangnya sangat-sangat dituntut.

Anak-anak.

Wajah kesayangan hamba
Wajah kesayangan hamba


Sayang anak-anak abah!







Reactions

Post a Comment

0 Comments