16 Days Photo Challenge | Day 13 - Dinner

Sebenarnya, perihal makan malam ini agak menyegankan.

Konon katanya, mahu mengawal makan. Tidak mahu seperti selalu-selalu. Makan semborono. Tapi janji bagai menanam tebu di pinggiran bibir. Hanya ketika berdiri di atas penimbang, barulah air mata bercucuran.

Dasar janji dicapati.

Jadi, jadual makan malam ini tidak tentu buat masa ini. Kalau sudah kenyang menogok air suam, kenyangnya bolehlah sampai ke pagi. Tetapi, kalaiu ada sedikit rasa lapar, buah-buahan saja sudah cukup. Dan kalau sudah sampai angaunya, segala yang terhidang di atas meja mahu dihakmilikkan terus. Tidak mahu berkongsi.

Malam tadi, angau sudah reda.

Hanya buah epal mengisi perut.

Konon!

Janganlah percaya, makanan sebelumnya tidak sempat dirakamkan. Hanya epal yang belum sempat dilapah.

Inilah tragedi buah epal.

Tragedi buah epal
Tragedi buah epal


Cukup lah. Hanya sebiji, tetapi saiznya cukup besar. Memang mengenyangkan.




***********
16 Days Photo Challenge
Day 12 : Polkadots
Day 14 : Flashback







Reactions

Post a Comment

0 Comments