16 Days Photo Challenge | Day 12 – Polkadots

Polkadot.

Apa?

Polkadot? Corak tompok bulat-bulat atas warna yang kosong. Itu saja yang tergambar. Mana mahu cari? Selalunya pakaian lah yang bercorak polkadot ini. Baju aku semuanya belang. Atau satu warna. Takkan mahu dicorakkan sendiri buat polkadot?

Baju ummi, tak ingat pula ada yang polkadot.

Baju anak-anak, pun tidak pasti ada yang berpolkadot.

Aduh!

Escape sahajalah tugasan kali ini.

:(

Membawa hati yang kecewa, berhibur mencuci mata di Plaza Low Yat. Mahu menenangkan kekecewaan.

Amboi! Drama apakah ini?

Tapi mana tahu, masa ke Low Yat inilah dapat diselesaikan tugasan. Melihat bangku di dalam keretapi monorel Kuala Lumpur, rasa gembira berkembang mekar.

Oh! Dalam hati ada polkadot!

Polkadot di hatiku!
Polkadot






***********
16 Days Photo Challenge
Day 11 : What I Wore Today
Day 13 : Dinner







Reactions

Post a Comment

0 Comments