[Buku] Catatan Penglipur Lara Sang Majistret (Zabidi Mohamed)

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret oleh Zabidi Mohamed
Catatan Penglipur Lara Sang Majistret oleh Zabidi Mohamed


Catatan Penglipur Lara Sang Majistret oleh Zabidi Mohamed
Nilaian: 3/5 bintang

Memilih buku ini daripada banyak buku yang ada di rak, adalah disebabkan saiznya yang agak besar dan tulisan tajuk buku yang jelas. Kemudian dibelek blurbnya, jadi tertarik. Membuat bacaan rawak beberapa mukasurat, mengundang ketawa.

Terus dibeli.

Tetapi usai membaca, ada sedikit rasa kecewa. Sebenarnya, bila membaca buku setebal hampir 300 mukasurat dan dengan tajuknya "penglipurlara", ada sedikit rasa mengharap ceritanya pelbagai dan banyak. Rupanya, hanya 3-4 kisah yang dipanjang-panjangkan.

Kerja yang memerlukan urusan dengan orang ramai (apatah lagi penulis buku ini seorang majistret), sepatutnya lebih banyak ragam dan kelaku. Jadi, agak geram bila hanya 4 kisah diceritakan dalam satu buku. Mungkin aku terpengaruh dengan konsep "status Facebook" yang pendek, tetapi cukup menceritakan suasana.

Tentang kisah-kisah yang dikongsi, iya, ada yang lucu dan ada yang memberi pengajaran. Untuk bacaan santai, sesuai lah.

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments