[Buku] Aku Ingin Kembara Lagi (Dr MAZA)

Aku Ingin Kembara LagiAku Ingin Kembara Lagi oleh Mohd Asri Zainul Abidin
Nilaian: 3/5 bintang

Ini buku pertama Dr MAZA yang aku beli (rasanya).

Dan membelinya disebabkan ada perkataan "kembara" pada tajuk, dan juga buku ini dikategorikan sebagai "Travelog". Memang genre ini menjadi pilihan jika membeli buku, dan aku teruja mahu tahu kisah kembara versi seorang agamawan.

Ternyata ada sedikit kekecewaan.

Aku mengharapkan penceritaannya seperti Kembara Sastera Nisah Haron, yang lengkap dan mengujakan. Yang membuatkan seolah-olah kita berada di setiap tempat yang dicatat dalam setiap helaian mukasurat. Yang membuatkan aku terpaksa membuat "homework" untuk mengetahui lebih mendalam tentang apa (tempat) yang Nisah Haron kongsikan. Tetapi tidak dengan buku ini. Catatan Dr MAZA lebih menekankan kepada catatan-catatan ilmiah yang bermukadimahkan sedikit perkongsian hidup di bumi Oxford.

Tidak. Aku tidak sesekali menafikan apa yang mahu disampaikan. Ilmu beliau sudah jauh meninggi, jadi aku tidak layak (atau belum cukup layak) untuk membahaskan apa yang mahu beliau sampaikan. Cuma bila expectation tidak seiring dengan yang sebenarnya, kekecewaan itu berlarutan sehingga ke mukasurat akhir.

Dr MAZA bagus dalam bidang ilmunya. Tidak sedikit juga ilmu yang dikongsi. Dan aku sukakan teguran-teguran yang terus dan tepat kepada sang penguasa yang lupa diri. Siap aku tandakan lagi untuk rujukan masa akan datang. Ehehehe! Aku suka!

:)


Ulasan buku yang lain








Reactions

Post a Comment

0 Comments