[Buku] Kamar Sutera (Hamka Kereta Mayat)

Kamar Sutera oleh Hamka Kereta Mayat
Kamar Sutera
Kamar Sutera oleh Hamka Kereta Mayat
Nilaian: 4/5 bintang

Aku terjumpa buku ini di MPH Nu Sentral, di bahagian rak "Top Selling", kalau tidak silap. Memang sudah lama aku cari buku ini, gara-gara ada sahabat yang berkongsi status-status penulisnya di FB.

Hamka Kereta Mayat. Itu nama penulisnya.

Status yang aku baca di FB, lucu dan "real". Maksudnya, memang tidak mustahil perkara itu wujud, sebab ada antaranya aku pernah alami sendiri. Cuma penceritaan Hamka itu santai, dan lucu. Kisah suami isteri. Kisah keluarga. Itu yang aku suka.

Woha!

Aku tidak mengikuti blog beliau, disebabkan aku jarang membaca (mengikuti) blog secara tetap. Kebiasaannya aku akan ke blog seseorang (yang sudah aku bookmark) mungkin sekali sebulan, dan aku ambil kesempatan membaca entri-entrinya dengan banyak sekaligus. Itupun kalau aku ingat!

Jadi perihal Hamka ini, aku tidak ikuti blog beliau terus-terusan. Aku cuma tahu dia ada buku, dan buku-buku beliau adalah apa yang dicatat di blog. Jadi, aku berazam untuk mendapatkan buku beliau. Tajuk bukunya pun agak eksotik. :D

Jangan salah faham, ya! Baca betul-betul tajuknya. Ini bukan buku yang "itu". :)

Kamar Sutera adalah buku beliau yang pertama aku beli. Terus-terang, permulaan bacaan aku sudah terkejut. Dan ada rasa menjengkelkan. Ialah, walaupun sudah diberi amaran bahawa buku ini dikategorikan 18SX pada mukadimah buku, aku anggap ianya gurauan sahaja. Tetapi bila mula membaca kisah yang pertama, aduh!

Helai demi helai aku baca. Semakin banyak aku baca, semakin seronok. Seronok bukan disebabkan kisah yang "erotis", tapi kisah-kisah selain daripada peristiwa 18SX itu. Ada perkara-perkara tentang tanggungjawab dalam hubungan suami isteri yang aku sendiri lalai. Hamka banyak menekankan solat jemaah untuk lelaki, solat awal waktu untuk perempuan. Peranan suami. Peranan isteri. Itu aku suka! Terima kasih kerana mengingatkan.

Aku masih belum dapat menerima pembukuan kelaku suami isteri "bersenggol-senggolan" walaupun ianya sudah sah halal. Bagi aku, itu agak peribadi. Simpanlah dalam kenangan keluarga. Bukan untuk dibukukan, apatah lagi dikongsikan. Katalah aku jumud, tidak terbuka. Itu pandangan peribadi, bukan?

Ok.

Aku akan cari buku beliau yang pertama dan kedua.


Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments