[Buku] Cacing Di Dahi (Abang Median Abang Said)

Sumber gambar; Laman ITBM

Cacing di Dahi oleh Abang Median Abang Said
Nilaian: 3/5 bintang
ISBN: 9789670869377
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Buku ini adalah pilihan rambang semasa pesta buku tempohari. Selain buku-buku pemenang setiap kategori sayembara penulisan kali kedua ITBM yang aku beli, buku ini aku pilih kerana tertarik dengan tajuknya.

Cacing di dahi. Apa maksudnya?

Koleksi cerpen dan anekdot buku ini banyak berkisar hal kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan setempat (mungkin merujuk kepada Baram, tempat tinggal penulis), sedikit mistik dan magis, dan akhirnya kembali kepada jalan yang benar.

Aku suka dengan cerita-ceritanya yang pelbagai, membawa kita untuk mengenali budaya dan amalan masyarakat yang kadangkala tidak terjangka. Ada yang mahu disampaikan, perlu peka dengan yang tersurat dan tersirat.

Cuma, aku menjadi "lemah" apabila agak banyak perkataan-perkataan "baru" yang digunakan. Penulis sudah pasti bukan calang-calang dalam penguasaan kata dan bahasa, tetapi bagi aku yang masih bertatih ini agak sukar mahu menghadam perkataan-perkataan yang sememangnya "aneh" dan "janggal" daripada pendengaran. Untuk itu, aku mengambil masa yang agak lama untuk menghadamkan ceritanya.

Tunak, jerging, ruwet, keser. Itu antaranya.

Satu ketika aku rasa lelah mahu mencari makna setiap kata, tapi satu ketika yang lain aku berbangga dengan bahasa bonda yang sebenarnya sangat kaya.

Keseluruhannya buku ini baik untuk dibaca. Dan bacaannya bukan sekadar bacaan santai. Kau harus berfikir!

Ulasan buku-buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments