[Buku] Diari Musafir: Jangan Berhenti 'Berlari' (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Diari Musafir: Jangan Berhenti 'Berlari'Diari Musafir: Jangan Berhenti 'Berlari' oleh Zaharuddin Abdul Rahman
Nilaian: 4/5 bintang
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN: 9789830973449

Kisah pengalaman UZAR semasa menuntut ilmu dan dunia kerjaya. Beliau berkongsi "bagaimana" ilmu itu dituntut, bukan hanya hadir ke kelas dan mencatat nota. Ianya perlu lebih daripada itu. Bahagian kedua pula berkisar dunia kerjaya, apa matlamat yang ingin dicapai. Duniawi? Akhirat semata-mata? Atau seimbang antara keduanya?

Sosok UZAR dalam buku ini kelihatan sangat tegas, terus kepada isi dan kesungguhan yang tiada keraguan. Kecintaan beliau pada ilmu dan rasa tanggungjawab untuk mendidik masyarakat wajar dicontohi.

Tidak dapat tidak, aku membandingkan buku "seperti ini" dengan buku Ustaz Hasrizal. Bukan membanding ilmu, tetapi membandingkan gaya penulisan. Dan buku Ustaz Hasrizal lebih mesra untuk dihadam.

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments