[Buku] Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Muhd Kamil Ibrahim )

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemaskini)Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim
Nilaian: 5 bintang
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN: 9789673660261

Tiap kali ternampak buku ini di rak kedai buku, yang terlintas dalam hati, "buku ini aku sudah beli". Sampai satu hari, aku selongkar almari buku dan buku ini tidak ada.

Aduh! Rupanya buku travelog haji orang lain, yang aku baca sudah bertahun dulu.

Segera aku beli dan hari ini baru khatam.

Ada pelbagai rasa.

Menyesal kerana tidak membaca buku ini dari awal.

Terinspirasi dengan perubahan Haji Kamil, dan usia 38 tahun masih belum terlewat untuk berubah, dengan izin Allah.

Buku ini sangat menarik. Cerita menunaikan haji tanpa penekanan aspek teknikal haji, tetapi lebih kepada mencari makna menunaikan haji itu sendiri.

Membaca setiap pengalaman Haji Kamil, membuatkan aku terasa "sia-sia" dengan pengalaman umrah aku dahulu.

Astaghfirullah.

Moga aku dan keluarga masih diberi kesempatan untuk ke Tanah Haram, berulang kali lagi.

Insya-Allah.

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments