Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor

Merokok.

Entah apa yang sedapnya. Entah siapa pula yang pernah berfatwa ianya adalah gaya. Nampak macho.

Bebal!


Rokok Rotmans
Rokok Rothmans
Aku, sedari awal lagi sudah membenci rokok. Abah perokok tegar semasa zaman mudanya. Agaknya, sudah menjadi "wajib" bagi seorang tentera itu merokok. Abah mula merokok semasa menyumbang keringat berkhidmat untuk negara. Aku lah menjadi orang suruhan abah untuk membeli rokok di kedai. Ingat lagi jenamanya, Rothmans. Bertahun-tahun. Alhamdulillah. Allah tutupkan hati aku daripada mencuba-cuba.

Dan, abah pula nekad berhenti ketika menunaikan haji. Serta-merta.

Alhamdulillah.

Antara adik-beradik dan ipar duai yang berlima, hanya aku seorang sahaja yang tidak terjerumus. Abang dan adik, perokok tegar. Sudah jenuh memberi nasihat. Tidak ada lutnya. Segala hukum hakam sudah berulangkali dikongsikan, masih "kebal". Entah tangkal apa yang diguna, langsung tak terkesan.

Entah lah.

Teruskan sahaja berdoa moga satu hari nanti saudaraku ini terbuka hatinya dan kuat azamnya untuk berhenti.


E-Rokok

Sekarang, sudah keluar pula fatwa/ hukum rokok elektronik, yang katanya lebih "selamat" daripada rokok konvensional.

IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPORHukum Penggunaan Rokok Elektronik / VaporAlhamdulillah,...
Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday, 4 August 2015



Sudah baca?

Masih rasa selamat?

Selamat daripada apa?

Engkau ada akal, engkau belajar agama. Sekarang, gunakan akalmu itu, jangan lagi dibiarkan kabur diasapi racun!





Reactions

Post a Comment

0 Comments