Yang kesebelas

Semalam.

1 Mac 2016.

Kakak Hanim sudah genap berusia 11 tahun.

11 tahun yang berlalu bagai 11 minit.

Tidak.

Seperti 11 saat.

Entahlah.

Baru lagi rasanya abah mual-mual menahan muntah, saat kakak mahu keluar dari kantung sembilan bulan, mahu melihat bumi. Ummi sudah menahan sakit yang maha dasyat, abah sudah tidak kuat menahan gejolak di dalam perut.

Mujur, seketika cuma.

Dan kakak lahir sihat walafiat.

3.9 kilogram.

Besar. Dan tembam.

Harapnya, kakak jangan lupa akan ummi setiap kali meraikan hari bersejarah ini setiap tahun. Sakit ummi ketika melahirkan, takkan terbalas.

Kad Ulangtahun


Abah dan ummi, tetap mendoakan agar kakak sentiasa dalam belas ehsan Yang Satu.

Selamat Hari Jadi, Kakak!





Reactions

Post a Comment

0 Comments