Corat-coret PBAKL 2016

Minggu lepas, dua hari berturut-turut ke PBAKL. Hari pertama dengan keluarga, hari kedua seorang diri.

Ini antara yang sempat saya perhatikan;

#1 - Parking memang tak ada masalah. Cuma antara sanggup atau tidak nak menunggu bas dari parking ke dewan. Alhamdulillah, dua kali datang dapat parking yang agak dekat untuk berjalan ke dewan. Bakar kalori lah.

#2 - Tandas yang mudah diakses. Tak perlu beratur macam di PWTC.

#3 - Surau juga agak selesa dan besar. Tapi kedudukan  tempat wuduk seperti tidak kena, keadaan mudah menjadi lecak. Licin, jatuh, dedebuk! Pecah lantai oi!

#4 - Katanya ada food truck dan foodcourt. Saya ke PBAKL selama ini memang tak cari makan. Jadi tak tahu bagaimana keadaannya.

#5 - Eloknya, bawa bekal dan air minum sendiri. Anak-anak saya semuanya berbekal air botol setiap seorang.

#6 - Antara Dewan A dan C, ada khemah dan pentas, dan juga reruai kecil untuk aktiviti sampingan seperti melukis karikatur. Agak berterabur dan bersimpang-siur.

#7 - Seeloknya "study" dahulu kedudukan reruai yang ingin dituju dan lagi bagus sudah kenal pasti buku yang mahu dibeli. Satu buku boleh dibeli dari banyak kedai, tapi kalau dari reruai penerbit buku itu sendiri, mungkin ada diskaun tak sedar diri.

#8 - Tak semua petugas tahu produk yang dijual. Sedih, tapi itulah hakikat. Tak semua. Di gerai ITBM, kakak editornya rajin mempromosi dan sangat berinformasi. Reruai kecil Travelog Mr Traveller juga meriah dengan penulis-penulisnya.

#9 - PBAKL kali ini menemukan saya dengan ramai penulis, sama ada bertentang mata atau hanya memandang dari jauh. Di ITBM, saya nampak Sani Sudin, Keon. Di PTS, saya nampak Ahmad Patria dan UZAR. Gayour di reruai Ujang. Di Dubook, nampak tokei besarnya Mut dan Pidomat. Oh! Tuan punya "buku selfie" Hafiz Hamidun juga ada lalu di sebelah. Kemudian bertemu pula dengan Dr Yati (Diagnosis 3), Meor (Traveller Mr Travelog), Badrul Hisham (Advantura Pulang ke Malaya) dan beberapa orang lagi. Seronok!

#10 - Saya berangan-angan, PBAKL 2017 saya juga bakal berselfie dengan pembeli buku saya. Eheh! Angan-angan itu kan percuma.

Oh! Saya masih mahukan PBAKL di Kuala Lumpur.


Hari pertama

Hari kedua







Reactions

Post a Comment

2 Comments