Stress Test Itu Tidaklah Memberi Stress

IJNSyarikat tempat saya bekerja, menyediakan pakej di mana pekerja berumur 14 tahun (baca: fourty) ke atas boleh membuat pemeriksaan kesihatan penuh dan menyeluruh.

Maka, saya ke IJN minggu lepas.

Keputusan hampir semua baik-baik belaka, kecuali graf jantung semasa membuat STRESS Test.

Bukan.

Stress Test ini bukanlah sejenis ujian matematik, atau kemahiran hidup, atau daya ketahanan makian dan cacian. Stress Test ini adalah sejenis aktiviti berlari di atas treadmill dalam sela masa dan kelajuan tertentu, dan segala macam wayar disambungkan pada bahagian-bahagian badan tertentu. Ya, terpaksalah topless semasa membuat aktiviti tersebut. Mujurlah dalam ruangan tertutup.

Namun, saya tertanya juga. Tidak stress kah pembantu yang memantau? Tidakkah beliau stress melihat lemak-lemak saya bergentayangan ke kiri dan ke kanan semasa berlari itu? Ah! Kasihan benar.

Jadi, keputusan graf jantung yang tidak memuaskan itu menyebabkan saya perlu menjalankan beberapa siri ujian lagi untuk mendapatkan kepastian.

Semalam dan hari ini, saya ke IJN lagi.

Alhamdulillah.

Baik saja. Kata doktor tadi, saya boleh kembali ke disko. Eh! Boleh kembali kepada aktiviti sihat seperti berlari-lari anak dan memanjat gunung. Sudah tentu, pandailah mengawal diri.

Dua minggu lagi, ada ujian lain. Harapnya baik saja.

Selepas selesai urusan di sini, saya mahu pulang dan mandi.

Sudah lebih 24 jam tak mandi, tahu? Gara-gara memakai alat Hotler Monitoring.

_________
Sharulnizam Mohamed Yusof
Berlebihan lemak 11 kilo


My Instagram