Menjadi Thumbelina Mengintai Embun

Sudah lama tak berembun.

Pagi tadi semasa berkejar-kejaran dengan si Tambi yang bulat lagi gebu di laman rumah, saya ternampak butir-butir jernih bergayutan di atas daun merah ini.


Geram betul dibuatnya. Jadi khayal jugalah membelek sebiji demi sebiji. Terus tiba-tiba perasan jadi Thumbelina, makhluk kecil yang hidup di alam bunga. Princess Siti Nur Thumbelinawati Bidadari Khashmiri.

Gitu.

Ambil gambar pun jenuh tahan nafas, kepit tangan dan kepit segalanya untuk elak gegaran. Daripada 10, hanya tiga ini saja yang boleh "diselamatkan".

Edit sana edit sini menggunakan aplikasi pujaan hati, Snapseed. Siap.



Jom.

Balik rumah nanti boleh cuba buat lagi. Baru lepas hujan lebat di KL, mesti banyak butir air di laman. Kalau ada pantulan cahaya matahari lagi seronok.

Cubalah.

Asah mata. Asah bakat.

Dan melihat keindahan ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.

______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Lama Tak Ambil Gambar Tambi

#petaigrapher





Reactions

Post a Comment

0 Comments