Ros Jepun Yang Memikat

Ros Jepun

Saya masih banyak lagi perlu belajar dalam hal-hal mengambil gambar. Kadang-kadang rasa macam sudah tahu, tapi selepas melihat hasil kerja orang lain dan tutorial, banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Sudah tentu, belajar itu tidak ada titik nokhtahnya.

Dan perlu ada latihan yang berulang kali.

Paling mudah, jadikan saja subjek yang dekat dengan kita sebagai modal.

Pagi tadi, saya sempat berkelintar di laman sekangkang kera saya. Kebetulan bunga Ros Jepun hasil tangan Cik Milah Adnan sedang meriah memekarkan bunga berwarna - warni. Cuma adu Cik Milah, bunganya kembang masa kami di pejabat. Waktu pergi dan waktu balik, bunganya sudah menguncup. Hari minggu dapatlah berjumpa, itupun kalau masih ada bunganya.

Saya cuba rakamkan beberapa kuntum sebagai kenangan. Memanglah tak sama, tapi bolehlah juga dibuat wallpaper.




Kamera: Huawei P10 Plus
Editing: Snapseed (kebanyakkannya saya menggunakan fitur Tune Image, Details, Grainy Film, Crop)





Reactions

Post a Comment

0 Comments