Shopping buku di Jakarta

Entah apa gilanya. Konon ke bumi Jakarta tidak mahu berbelanja. Cukuplah untuk makan dan tambang teksi.

Ye lah tu.

Tau-tau, lima biji buku sudah terkedang di dalam beg. Puas merayau ke 3 buah toko buku Gramedia di Karawaci, Serpong dan Alam Sutera. Kaki lenguh berjalan sudah tak terhirau. Untung ada sahabat yang sudi menghantar ke sana sini.

Terima kasih, Pak Harry!

KPI ke Jakarta untuk training entah apa pencapaiannya, tapi hati jadi puas tak terhingga apabila buku yang dihajat sudah dapat dipeluk.

Bila mahu baca, jangan lah ditanya. Penuhkan saja dulu rak di rumah.

:)







Reactions

Post a Comment

0 Comments