Thursday, February 09, 2012

Ubat kurap untuk si kucing kurap!

Ye. Kucing-kucing peliharaan saya sudah berkurap. Kurapnya mengalahkan kurapnya kucing bergelandangan. Tebal. Berkerak. Bulu-bulu pun banyak yang gugur.

Antara Opet dan Oyen, si Opet lah yang paling teruk Hujung telinganya memang dah macam diikat dengan batu karang. Besar sungguh kurapnya. Si Oyen, kalau menggaru sampai berdarah-darah. Kita memandang pun rasa kesian. Jijik takde, geli geleman tu pasti.

Dah berminggu Opet dan Oyen sengsara dek kurap. Anak-anak memang dah ditegah jangan nak peluk-peluk macam selalu. Takut kurap menjangkit. Tapi kalau dah namanya budak, apa nak dipeduli. Haih!

Mahu dihantar ke klinik, tak tau pulak mana yang ada kat kawasan berhampiran. Malas sebenarnya. Tu yang tak jumpa. Kalau dicari mesti ada. Makin berkurap lah kucing-kucing itu.

Seminggu lepas, aku ke Melati Utama. Ada urusan. Dah ke sana, singgah lah kejap beli sate Haji Samuri. Masa nak kedai tu lah, ternampak ada pet shope. Terus masuk, takde pikir-pikir dah. Dengan tuan kedai, dihuraikan segala permasalahan. Dicadangkan 2 benda, sama ada shampoo atau pun ubat spray. Aku pilih ubat spray, sebab lagi senang nak uruskan.

Alhamdulillah.

Lepas seminggu, dah nampak banyak perubahan pada kurap-kurap si Opet dan Oyen. Telinga yang dah kering kontang disebabkan berkurap, sudah mula nampak bulu-bulu baru yang tumbuh. Kerak-kerak yang menebal dah hilang, tinggal saki baki skit je lagi. Mungkin seminggu lagi, hilang lah semuanya.

Insya-allah.

Kepada pemelihara-pemelihara kucing yang berkurap, kukongsikan bersamamu ubat spray yang kugunakan.

Septiderm-V : Skin Care Lotion

Description


Directions

The price? RM 39.00.
Location? Refer below.

Happy Spraying!




Friday, February 03, 2012

Walking in Nature @ FRIM, Kepong

Cuti Hari Wilayah, aku dengan kengkawan opis ke FRIM, Kepong. Saja, buat aktiviti berfoto-moto. Nak asah skill photography, nak jalan-jalan masuk hutan hirup oksigen segar.

Memang segar.

Seronok tengok suasana hijau. Ada pulak air terjun. Cumanya agak mengah berjalan mendaki. Almaklumlah, lemak dah makin tepu. Proses pemecahan lemak yang berlaku taktala mendaki bukit, memang azab.

Dan yang paling tak best, ada pulak ular melingkar kat kaki. Ye! Ular! Nasib baik lah"kecik kenot" je (meminjam istilah anak-anak kat rumah, kecik kenot tu maksudnya kecik lah). Tengah syiok-syiok compare gambar memasing, terasa ada benda menjalar kat kaki. Sekali pandang, mak ai! Ini bukan pacat, bukan ulat gonggok. Ular tu, ular! Tengok dia menggeliat-geliat tu dah cukup buat aku geli geleman, apa lagi kalau dah menjalar kat kaki. Waaaaaaaa....!! Nasib baik menjerit keluar suara jantan. Ahahaha! Nasib baik jugak kuat semangat, kalau tak tu mau dah pengsan. Eheheheheh!

Lepas tu, agak seram sejuk kalau nak pijak kawasan semak. Paling kelakar, bila balik rumah siap ada feeling kaki yang ular tu jalar, bengkak. Pergh! Agak trauma. Kaki tersentuh dengan kain pun dah jadik panik. Huuuu... Ini macam kalu, lenkali masuk hutan kena pakai kasut.

Tapi, semua tu tolak tepi bila hasil menembak hari ni agak menjadi. Terutamanya yang aku aim selama ini, nak ambik gambar silky effect kat laluan air sungai/terjun. Love it so much! Mungkin ada lagi yang boleh diperbaiki, tapi sebagai permulaan, ini dah cukup baik.

Antara gambar-gambar Air Terjun Sungai Kroh, FRIM, Kepong.





Subhanallah!




Friday, January 27, 2012

Tetamu Senja

Semalam masa memandu balik dari office, terdengar lagu ni. Gua kalau dengar lagu, memang jarang teliti kan dia punya lirik. Tapi mungkin sebab memandu dalam keadaan tenang, telinga gua dapat tangkap lirik-lirik dia. Gua terpegun. Lagu ni biasa dengar, tapi gua selalu buat tak tau.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

Dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa, tapi bila digoogle lagu ini sebenarnya berasal dari nukilan A Samad Said.

Insaf.