SPM '94 : Chapter 2

Aku tak mengharap sangat keputusan aku SPM power sangat. Dalam otak aku dah set, dapat Gred 1 pun cukup lah tuh. Bukan takde wawasan, tapi aku cam dah tak konfiden lepas dapat keputusan trial sebelum tuh.

Kat sekolah aku tuh, sebelum trial, ada pre-trial. Punya la banyak exam. Sekolah asrama la katakan. Masa pre-trial, result aku cemerlang. Bangga gila. Sejarah boleh dapat A1. Matematik Moden dapat A1. Gila ah. Power gila otak rasa masa tuh.


Roomate aku kata, tu penangan orang bercinta la tuh. Ahahahaah! Ye lah, masa zaman tu aku dok ngurat sorang awek ni, Cempaka (bukan nama sebenar). Walaupun takde sebarang declaration yang dibuat, tapi response Cempaka macam nak bagi green light. Tu yang jadik sumber inspirasi tuh. Ahahaha! Ptuih!

Tapi bila dah dapat keputusan trial, aku gelabah. Bila cikgu2 pulangkan kertas jawapan dengan markah, aku mula jadik cikgu tak bertauliah. Sibuk nak kira agregate. Kira punya kira, argh... aku dapat 26 aggregate. Iskkk! tu pangkat 2 dah tuh! Tidaaaakkkk!

Gema2 suara menghina mula berkumandang.

"Ijam anak pak usop tu, yg masuk mrsm tu, dapat pangkat 2 masa spm"
"tu la. belajar jauh2 pun tak guna. bodoh camtu gak"
"eleh! elok sekolah kebangsaan je. result camtu sapa pun boleh dapat"

Tertekan. Kalau kuasa Ctrl+Alt +Del boleh diaplikasikan, dah lama aku buat. Kali ni roomate aku tak bagi apa2 komen. Dia tau, aku ngan Miza tak jadi bercinta. Hati Miza sudah dirantai oleh si A, antara jejaka yang termasuk golongan glamer dan ternama. Aku? Aku hanyalah si skema berambut belah tengah.

Aku tak boleh biarkan. Aku taknak keputusan trial tu jadi nightmare. Aku tak nak orang kampung (kampung la sangat) mengata, kawan2 mengejek. Aku mahu keputusan cemerlang. Mana tau kan, kot-kot nanti Miza jugak berpatah arah. Kalau-kalau Abang Ijamnya tak berpangkat 2.

Tindakan nekad. Aku turun naik ke bilik guru. Mana2 subjek yg ada potensi dinaikkan markah, segera aku rayu cikgu2 yang berkenaan. Ada yang dapat, ada yang tidak. Ada yg marah, ada yg simpati. Sudah2nya, aggregate berjaya diturunkan 2 mata. Ngam2 24. 24 tu no aggregate terakhir dalam golongan pangkat 1. Okay lah tuh, kalau orang tanya trial dapat berapa, aku jawablah pangkat 1. Orang tanya lagi, aggregate apa? Aku jawablah, ada laa. Ahahah! Peduli apa dengan aggregate, yang penting aku pangkat 1.

Tapi, bila keputusan sebenar keluar, aggregate aku bukan nya 24!!


****
SPM '94 : Chapter 1 
SPM '94 : Chapter 3





Reactions

Post a Comment

0 Comments