Thursday, October 25, 2012

Permohonan Visa ke India

Lebih kurang 2 minggu lagi, Insyaallah, gua akan ke India. Sesekali ada jugak dah gua termengalamun sedang berkejaran-kejaran di balik tiang-tiang Taj Mahal dengan bini kiut gua. Ada jugak dalam lamunan gua tuh, scene tiba-tiba ada 246 orang penari latar pakai baju warna oren, pepel dan hijau pucuk pisang menari dengan penuh perasaan mengikut rentak.

Perghhh!!

Bayangkan yang indah-indah, yang lagho-lagho saja. Walhal, kalau ikut penceritaan kawan-kawan gua yang dah pernah sampai ke sana, agak menimbulkan rasa resah dan gelisah.

Takpe. Bila lagi nak beradventure? Kalau nak semuanya senang, kahwin lah dengan anak raja. Raja kayangan. Kalau anak JKK Kampung pun boleh jugak.

Ehhh! Katanya nak cerita proses memohon visa?

Cam gini.
  1. Isi lah borang permohonan secara atas talian di alamat web di sini (https://indianvisaonline.gov.in/visa/). Semuanya kena online. Lu pakai borang yang entah mana-mana lu cedok, kesudahannya lu tetap kena isi borang online.
  2. Isilah form itu dengan seskema-skemanya. Contohnya kalau di passport tertulis nama lu, Sharul Khan bin Yusof Khan, di ruang "name" letak lah "Sharul Khan". Tapi di ruang "surname", sila lah letak "bin Yusof Khan". Ye! Lu kena letak "bin" itu, kawan!
  3. Dah siap isi, lu cetaklah borang itu menggunakan printer. Gunakan kertas A4 yang kosong depan belakang, bukan kertas recycle yang lu guna untuk print resipi berbuka puasa ganti.
  4. Kemudian, lu siapkan semua barang-barang ni;
    1. Gambar visa bersaiz 2 inchi X 2 inchi, sebanyak 2 keping. Gambar mesti berbackroundkan warna putih.
    2. Salinan fotostat muka depan (yang ada details) passport
    3. Passport yang masih ada tempoh hayat 6 bulan sebelum nak ke lokasi, dan sekurang-kurangnya ada 2 muka surat yang masih kosong.
    4. Duit RM 162.
  5. Dah siap semua, bawak lah bahan-bahan tersebut ke tempat membuat visa. Lu boleh tengok kat website ni, http://www.indiavisa.com.my/. Ada cawangan untuk KL, Penang dan Johor.

Itu je. Lepas tu tunggu lah dalam 3 hari bekerja. Lu boleh check status kat http://www.indiavisa.com.my/visa_status.php?page=0 (scroll ke bawah).

Semoga berjaya!

Oh! Sebelum terlupa. Lu nak tau apa natijahnya kalau lu buat satu dan hanya satu kesilapan macam gua bagitau kat step 2 tuh? Ye, lu kena isi balik borang itu. Tapi, kalau lu dah sampai di kaunter, dan lu dah tak boleh tangguh lagi, lu sediakan aje lah RM 20 untuk mintak tolong staff kat kaunter tu isikan borang untuk lu.

RM 20 = isi borang online + print 2 helai kertas. BERBALOI sangat!

Selamat berjaya!






No comments:

Post a Comment