[Buku] Proletar Dua Menara (Fdaus Ahmad)

Proletar Dua Menara
Proletar dua menara (sumber; http://dubookpress.com/)



Proletar Dua Menara oleh Fdaus Ahmad
Nilaian: 5/5 bintang

Hari ini beli. Hari ini juga selesai baca.

Ini rekod.

Aku tidak tahu buku ini daripada penulis yang sama. Maksud aku, penulis buku yang aku beli sebelum ini. Buku Dari Tanjung Malim ke KLCC dan Dari KLCC ke Tanjung Malim. Buku berkonsepkan indie, menyisih dari arus perdana.

Aku selesa dengan konsep indie. Tidak ada masalah. Bahasa Melayu Rendah (BMR - yang menjadi perbincangan penulis dalam buku ini) bukan penghalang, ianya sekadar menambah warna dunia buku. Yang aku jijik, indie/mainstream beralaskan cerita di balik kain. Itu sampah!

Baik.

Tentang buku ini. Tajuknya sedikit menimbulkan tandatanya. Terpaksa digoogle sebelum memulakan bacaan. Sudah tahu makna, baru sedap membaca.

Seperti yang dimaklumkan penulis, buku kali ini agak "serius". Makna kata, topik penceritaan agak berat. Ada juga yang santai. Aku tetap selesa. Mungkin kerana kisah yang diceritakan sedikit memginspirasi!

Aku suka dengan kecekalan penulis yang mahu keluar dari kepompong keselesaan. Kerja yang terjamin (stabil) tidak semestinya mencerminkan kepuasan diri. Ini yang menjadi tarikan untuk aku terus membaca, sebab aku juga sekarang dalam keadaan yang sama.

Kerja ada, tetapi tidak ada kepuasan. Bagaikan mati, bagaikan robot yang membuat kerja rutin.

Aku sarankan buku ini untuk dibaca. Mungkin kisahnya biasa-biasa, tetapi lain orang lain rasa.

Ulasan buku yang lain










Reactions

Post a Comment

0 Comments